Begitulah seterusnya hidup kita ini. Penuh dengan pelbagai seruan. Anak-anak
kita pasti lagi hebat dugaan mereka. Ideologi dari satu hujung dunia ke hujung dunia yang lain hanya di hujung jari. Internet, dah termasuk dalam syllabus matapelajaran. Internet bagi generasi sekarang adalah keperluan dan bukan kehendak. Begitu juga dengan multimedia lain termasuk TV. Tadi, di Carrefour City Center, kami terjumpa satu peti ais yang ada TV di pintunya. Subhanallah! Nampak sangat generasi akan datang akan lebih rapat dengan TV dari keluarga sendiri. Macam nih, ruang tamu dah boleh letak fridge. Tak yah pergi dapur. Mungkin lepas nih ada la orang yang kreatif combine TV 42" dengan peti ais & sound system with detachable video camera HDD and WiFi. Jangan pulak dibuat toilet kat fridge sudah! Bila dah jadik macam ini, mungkin ada baiknya kita baca balik kata-kata orang zaman dahulu yang belum tercemar hidup mereka dengan teknologi yang pelbagai ini.

Hassan Al-Basri merupakan seorang tabiin yang terkenal. Memang banyak kata-kata beliau yang menarik. Antara yang saya kutip semasa bacaan saya masa muda-muda dulu:
"World is a bridge upon which you cross but upon which you should not build"

Terngiang kata-kata rakan saya dulu, "Megat, kita mengejar harta yang akhirnya bukan milik kita. Kerana apa? Apabila kita mati harta ini akan menjadi milik orang lain." Agaknya pasal tulah Firaun-firaun dulu buat piramid dan perintah agar harta mereka dikebumikan bersama mereka. Ingat boleh bawak sampai ke mati. Malangnya, harta tuh pun akhirnya kena sambar. Yang tinggal pulak, duduk kat muzium.
Mungkin baik saya akhiri dengan 3 kutipan kata-kata Hassan Al-Basri untuk kita sama-sama pikirkan.
"The wonder is not how the lost were lost, but how the saved were ever saved. Fear must be stronger than hope. For when hope is stronger than fear, the heart will rot"
"My asceticism is mere lust and my patience cowardice; and all my ascesticism in this world is lust for the Other, the quintessance of lust. But how excellent is a man whose patience is for Allah's sake not for the sake being delivered from Hell; and his asceticism is for Allah's sake and not for the sake of getting into Heaven."
"One grain of true piety is better than a thousandfold weight of fasting and prayer"